Carian
Maxis Menangguhkan Perjanjian Akses Bersama DNB Untuk 5G
January 20, 2023 Aman

Maxis kini memaklumkan, mereka akan menangguhkan sementara perjanjian akses bersama Digital Nasional Berhad (DNB) untuk menggunakan rangkaian 5G.

Maxis menyatakan hal ini kerana pihak kerajaan telah mengumumkan akan menilai semula pengenalan rangkaian 5G di Malaysia, serta menyasarkan dasar berkaitan dengannya dibentangkan pada suku pertama 2023.

Selari dengannya, Maxis menyatakan akan menangguhkan proses mendapatkan pengesahan pemegang saham untuk perjanjian akses ini.

Ini juga memperlihatkan Maxis akan mengambil sedikit masa lagi sebelum para pengguna Maxis dapat menggunakan rangkaian 5G.

Komen