Carian
Google Dijangka Memperlihatkan Sokongan Enjin Carian Bersama “Chatbot” Pada Tahun Ini
January 21, 2023 Aman

Dengan populariti ChatGPT yang digunakan ramai dalam mendapatkan pelbagai informasi serta bantuan berkaitan beberapa tugasan – kini pihak Google turut dijangka menyertai arena lebih kurang sama.

Ia kini dilaporkan Google sedang dalam proses pembangunan sejumlah produk bersama integrasi kecerdasan buatan, termasuk sokongan enjin carian mereka.

Dengan langkah ini, kita juga mungkin akan melihat pengenalan bot khusus dalam bentuk perbualan pada enjin carian Google.

Implementasi oleh pihak Google dijangka lebih mudah dan menyeluruh berbanding ChatGPT. Pada hari ini sendiri, Google sedia mengintegrasikan sokongan ciri “Knowledge Graph” yang membolehkan orang ramai mendapatkan informasi pantas melalui enjin carian mereka tanpa perlu membuka sesuatu laman web.

Sebelum ini juga, pihak Google sedia memperlihatkan ciri chatbot untuk ciri carian dan bantuan tugasan melalui anak syarikat Alphabet, iaitu DeepMind.

Komen