Carian
Tweetbot Ditamatkan – Pembangunnya Akan Membangunkan Aplikasi Untuk Mastodon
January 21, 2023 Aman

Twitter telah pun secara mengejut mematikan akses API untuk aplikasi pihak ketiga sebelum ini, sekaligus membuatkan sejumlah aplikasi Twitter yang dibangunkan pembangun lain berhenti beroperasi.

Disebabkan ini juga, salah satu aplikasi yang turut terjejas adalah Tweetbot.

Kini, pihak pembangunnya, Tweetbot menyatakan mereka tidak lagi akan membangunkan Tweetbot kerana ketiadaan akses API – dan kecewa kerana pembangunan mereka selama 10 tahun lamanya dimatikan secara tiba-tiba oleh Twitter tanpa sebarang amaran atau notis.

Pembangun Tweetbot turut meminta maaf kepada para pengguna yang menyokong dan menggunakan Tweetbot.

Selari dengannya juga, kini pembangunnya menyatakan akan hadir dengan sebuah aplikasi baharu dinamakan Ivory tidak lama lagi – dan ditujukan untuk penggunaan bersama perkhidmatan sosial berasaskan Mastodon.

Komen