Kerajaan Akan Tubuh Pasukan Khas Untuk Teliti Aduan Pengguna Berkaitan Touch n Go
Aman
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini menyatakan akan menubuhkan sebuah pasukan khas dalam meneliti masalah yang melibatkan sistem pembayaran Touch n Go yang baharu.
Buat masa ini, kementerian menerima pelbagai aduan melibatkan TNG, termasuk berkaitan dengan sistem pembayaran tol RFID yang kadang-kala tidak berfungsi dengan lancar, disamping kesukaran mendapatkan kad NFC TNG, serta masalah-masalah berbangkit lain.

Pada masa yang sama, Touch n Go turut telah diarahkan untuk mengemukakan laporan berkala kepada kementerian berkaitan dengan perkhidmatan mereka.
Kerajaan akan menilai setiap aduan awam yang diterima, dan turut mengenal pasti punca masalah berkaitan dengannya.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.