Microsoft Akan Menamatkan Platform Realiti-Maya Altspace VR Pada Mac 2023
January 22, 2023
Aman
Dengan penghentian beribu-ribu pekerja dibawah Microsoft, kini gergasi perkomputeran berkenaan turut mengumumkan mereka akan menamatkan platform realiti-maya yang telah diambil-alih sebelum ini, iaitu AltspaceVR.

Microsoft mengatakan mereka mengambil langkah ini dalam memfokuskan kepada salah satu platform kolaborasi baharu yang telah diperkenalkan mereka sebelum ini, iaitu Microsoft Mesh.
Microsoft juga dijangka akan mengintegrasikan sejumlah ciri pada Microsoft Teams secara berperingkat, sekaligus menawarkan pengalaman realiti-maya kepada pengguna.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.