Twitter Mengalih Kedudukan View Count Ke Bahagian Kanan Ciapan
January 22, 2023
Aplikasi
Effi Saharudin
Twitter mula memaparkan View Count pada setiap ciapan sekitar sebulan yang lalu. Menurut Elon Musk, ini adalah bagi membolehkan pengguna melihat sendiri interaksi yang berlaku pada setiap ciapan yang dihantar. View Count dipaparkan pada sisi paling kiri setiap ciapan sehingga mengubah kedudukan butang membalas ciapan, Retweet dan Like yang digunakan selama ini.

paling kanan setiap ciapan. Ini adalah kedudukan yang diminta ramai pengguna twitter sejurus selepas Views diperkenalkan. Ironi di sini ialah selepas beberapa minggu membiasakan diri dengan kedudukan butang yang diubah, kini pengguna Twittter perlu belajar semula untuk menggunakan antaramuka lama.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.