Carian
Samsung Menghasilkan Skrin Flex In & Out Yang Boleh Dilipat 360 Darjah
January 22, 2023 Effi Saharudin

Samsung nampaknya akan mengubah lagi rekaan peranti skrin boleh-lipat dalam masa terdekat. Mereka mendedahkan kepada laman The Verge rekaan skrin baharu Flex In & Out yang membolehkan skrin boleh-lipat dilipat 360 darjah. Menerusi rekaan ini peranti boleh dilipat ke luar atau ke dalam dengan peranti hanya memerlukan satu skrin sahaja tidak seperti rekaan Galaxy Fold sekarang.

Berdasarkan imej rasmi yang dikongsi, ini ialah prototaip yang sama yang diperlihatkan di CES beberapa minggu lalu. Pada waktu tersebut ramai meramalkan ini ialah rekaan untuk Galaxy Fold5 dengan engsel yang lebih nipis tetapi ternyata ia sebuah engsel baharu yang lebih kompleks.

Adakah ini rekaan untuk Galaxy Z Fold5 kelak? Besar kemungkinan tidak kerana masih tidak diketahui ketahanan skrin dengan rekaan ini. Peranti yang menggunakan rekaan lipat keluar seperti Mate Xs gagak mendapat sambutan kerana skrin yang terdedah kepada kerosakan. Memandangkan Samsung Display menjual panel mereka kepada syarikat lain, skrin Flex In & Out ini mungkin akan digunakan pengeluar lain dahulu dalam masa terdekat.

Komen