ChatGPT Profesional Akan Ditawarkan Pada Harga $42 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 22, 2023. oleh .

Kecerdasan buatan ChatGPT menimbulkan pelbagai persoalan mengenai sama ada kecerdasan buatan akan membuatkan proses menipu menjadi lebih mudah. Yang pasti dunia perlu berubah dengan teknologi baharu ini dengan segera. Sebelum ini OpenAI, pembangun ChatGPT melakukan pungutan suara mengenai berapakah harga yang perlu dikenakan untuk melanggan pelan profesional. Sebahagian pengguna ChatGPT mula melihat pilihan untuk menaiktaraf ke pelan profesional pada harga $42 sebulan.

Pelan ini akan menawarkan akses sepanjang masa walaupun ketika waktu penggunaan puncak. Masa yang diambil untuk ChatGPT menghasilkan karangan juga lebih pantas. Satu lagi kelebihan langganan profesional ialah akses kepada ciri-ciri baharu lebih awal berbanding akaun percuma.

Akaun percuma masih akan ditawarkan kepada orang ramai tetapi ianya lebih perlahan, tidak boleh diakses ketika waktu puncak dan tiada akses kepada ciri baharu. Apa yang kami sedari sejak ChatGPT dilancarkan dan tular ialah masa untuk ia menghasilkan karangan kini lebih perlahan dan tidak lagi sekelip mata seperti beberapa minggu yang lalu.

komen


© Amanz / 2023 Kami