Carian
Permintaan Lebar Jalur Internet Malaysia Mencapai 1.9 Tbps Pada Disember 2022
January 23, 2023 Aman

MyIX kini berkongsi mengatakan permintaan untuk lebar jalur internet di Malaysia terus meningkat dari hari ke hari. 

Pada bulan Disember 2022 lepas sahaja, permintaan untuk lebar jalur internet di Malaysia mencapai 1.9 terabait per saat (Tbps) – yang memperlihatkan peningkatan sehingga tiga kali ganda berbanding Mei 2020 (dimana ia dicatatkan sekitar 588Gbps ketika itu).

Ini sekaligus memperlihatkan ekonomi digital semakin menjadi fokus harian ramai pengguna – disamping permintaan tinggi untuk kandungan berbentuk video, tidak kira penstriman mahupun panggilan video.

Permintaan internet dijangka akan terus meletus, dengan sasaran ekonomi digital menyumbang sehingga 25.5% KDNK menjelang 2025 kelak.

Komen