Kementerian Komunikasi dan Digital Akan Bertemu Telegram – Untuk Tangani Masalah Penipuan Atas Talian

Diterbitkan pada Jan 23, 2023. oleh .

Menteri Komunikasi dan Digital, kini menyatakan pihak mereka akan bertemu dengan pihak Telegram, dalam membincangkan dan mengatur langkah untuk tangani masalah penipuan atas-talian yang berlaku melalui aplikasi Telegram berkenaan.

Kebelakangan ini pelbagai penipuan menggunakan aplikasi Telegram, dan ini semestinya merisaukan pelbagai pihak.

Kementerian turut menyatakan salah satu masalah yang dihadapi adalah apabila ia menggunakan sistem penyulitan untuk permesejan.

Kebelakangan ini juga, beberapa penipuan melibatkan “pembersih rumah” berlegar di Facebook – menyasarkan musim perayaan. Orang ramai diminta sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang tampak terlalu baik.

Anda juga diingatkan untuk hanya memasang aplikasi melalui sumber rasmi, dan tidak memberikan maklumat kepada pihak tidak dikenali.

komen


© Amanz / 2023 Kami