Twitter Sedang Membangunkan Ciri Panggilan Video

Diterbitkan pada Jan 23, 2023. oleh .

Twitter dibawah Elon Musk nampaknya agak aktif dalam pembangunan beberapa ciri-ciri baharu. Selain ciri perkongsian Tweet yang panjangnya sehingga 4000 aksara dalam pembangunan, syarikat media sosial tersebut juga kini dilihat sedang membangunkan sokongan panggilan video.

Melalui ciri ini kelak, para pengguna Twitter boleh melakukan panggilan video antara satu sama lain tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut.

Ia mungkin berfungsi seumpama pada Instagram – dan mungkin juga suatu masa kelak kita akan melihat ciri perkongsian video panggilan secara langsung bersama pengguna lain melalui Twitter.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Twitter akan memperkenalkan ciri baharu yang dalam pembangunan ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami