Spotify Membuang Sekitar 6% Tenaga Kerja

Diterbitkan pada Jan 23, 2023. oleh .

Spotify kini menjadi satu lagi syarikat teknologi yang turut mengumumkan pengurangan tenaga kerja, sekaligus membuang sekitar 6% pekerja sepenuh masa mereka.

Ini sekaligus secara kasar memberikan kesan kepada hampir 600 orang pekerja Spotify.

Spotify mengatakan ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula syarikat mereka, dalam usaha terus meningkatkan kadar efisien, mengurangkan kos, serta mempercepatkan pembuatan keputusan.

Sebelum ini, sejumlah syarikat teknologi turut telah mengurangkan pengurangan tenaga kerja, termasuk Google yang membuang 12,000 orang pekerja, selain Microsoft yang membuang sekitar 10,000 orang pekerja.

komen


© Amanz / 2023 Kami