Samsung Akan Membayar Nokia Untuk Paten Berkaitan 5G

Diterbitkan pada Jan 23, 2023. oleh .

Nokia kini menyatakan mereka telah memeterai perjanjian bersama pihak Samsung, untuk penggunaan paten bersama – sekaligus melanjutkan perjanjian sebelum ini yang telah berakhir pada penghujung 2022 lepas.

Nokia menyatakan perjanjian baharu ini meliputi pelbagai teknologi berkaitan 5G dan beberapa teknologi lain.

Samsung juga akan membuat pembayaran kepada pihak Nokia bermula 1 Januari 2023 untuk perjanjian perlesenan paten ini.

Untuk Nokia sendiri, perniagaan melibatkan perjanjian paten telah menjadi salah satu perniagaan utama – apatah lagi dengan pelbagai portfolio paten yang dimiliki mereka dalam arena peranti mudah-alih.

komen


© Amanz / 2023 Kami