Cari @ Amanz

Mungkin ramai sedia maklum yang mana WhatsApp akan mengurangkan kualiti gambar yang dikongsikan melalui perkhidmatan permesejan tersebut. Ini membuatkan pengguna menggunakan beberapa kaedah lain, termasuk penggunaan menghantar gambar sebagai dokumen.

Apa pun, kini WhatsApp sendiri dilihat akan hadir dengan solusi lebih mudah kepada pengguna. Melalui kod pembangunan untuk aplikasi Android, ia dilihat WhatsApp menyertakan sebuah pilihan khas yang membolehkan pengguna menghantar gambar pada resolusi penuh.

Dengan langkah ini, pengguna boleh menghantar gambar pada kualiti penuh tanpa ia dikurangkan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah WhatsApp akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya. Tetapi, dengan perkembangan baharu ini, semestinya ramai yang menantikan pengenalan fungsi baharu ini pada WhatsApp.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd