Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya mengumumkan kerjasama jangka masa panjang bersama OpenAI, dan akan melibatkan pelaburan berbilion ringgit pada firma tersebut. Mengikut jangkaan, pelaburan ini dianggar sekitar $10 bilion.

Pelaburan ini akan digunakan dalam mempercepatkan lagi pelbagai inovasi dalam arena kecerdasan buatan.

Sebelum ini, OpenAI sedia memperlihatkan kebolehan menjana imej daripada teks dibawah apa yang dinamakan Dall-E, selain kebolehan memberikan maklumbalas dan menjana pelbagai teks dibawah ChatGPT.

Dengan pelaburan ini, Microsoft turut mengatakan mereka akan mengintegrasikan keupayaan kecerdasan buatan pada produk-produk pengguna mereka. Ini mungkin kita akan melihat pada produk seperti Windows, Microsoft Office, dan sebagainya.

OpenAi juga akan menggunakan Azure sebagai platform awanan eksklusif yang menjana OpenAI.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd