Black Shark Membuang Ratusan Pekerja – Gagal Membayar Pampasan

Diterbitkan pada Jan 24, 2023. oleh .

Dengan pelbagai syarikat teknologi kini mengurangkan angka pekerja mereka, syarikat pengeluar peranti yang memfokuskan kepada permua, iaitu Black Shark dilihat turut terkesan disebabkan makroekonomi.

Black Shark dikatakan telah mengurangkan ratusan pekerja – dan telah melakukannya secara berperingkat sejak 2022 lepas. Angka pekerja Black Shark yang sebelum ini lebih 1000 orang pekerja, kini dikatakan berjumlah sekitar 100 orang sahaja – memperlihatkan pengurangan sekitar 90% angka tenaga kerja mereka.

Sebelum ini, Tencent dilaporkan dalam perbincangan untuk melabur pada Black Shark, tetapi menarik diri selepas itu kerana gagal mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

Dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar, tidak diketahui lagi sama bagaimana Black Shark akan mengatasi pesaing mereka yang lain di pasaran.

komen


© Amanz / 2023 Kami