Android 14 Akan Menghalang Pemasangan Aplikasi Versi Usang

Diterbitkan pada Jan 24, 2023. oleh .

Dalam usaha terus meningkatkan sekuriti dan keselamatan, disamping mengurangkan kadar aplikasi berbentuk hasad dan berbahaya, melalui sistem operasi Android 14 kelak, Google dijangka akan melakukan halangan untuk aplikasi-aplikasi versi usang atau tidak dikemaskini.

Dengan perubahan ini, kita mungkin akan melihat pembangun perlu menyokong sekurangnya Android 6 sebelum dapat memasang aplikasi pada peranti Android.

Sebelum ini, Google selalu memperkenalkan peraturan melalui Google Play Store sahaja untuk terbitan aplikasi dengan sokongan Android minimum, sebaliknya pemasangan melalui APK tiada halangan.

Tetapi, melalui Android 14 kelak, ia akan dihalang pada sistem operasi – dan memerlukan aplikasi versi baharu atau sokongan minima sahaja yang dibenarkan untuk dipasang – walaupun secara APK.

Sumber : 9to5Google

komen


© Amanz / 2023 Kami