WoW, Diablo III, Dan OverWatch 2 Tidak Lagi Boleh Diakses Di China Kerana Lesen Luput

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Jutaan gamer di China kehilangan akses kepada permainan popular seperti Diablo III, StarCraft 2, World of Warcraft, Hearthstone dan Overwatch 2 sejak dua hari lalu. Lesen penerbitan permainan-permainan video ini telah lupat di China berikutan perbalahan di antara Blizzard dan NetEase yang merupakan penerbit mereka di negara tersebut.

Dalam kenyataan yang diterbitkan di Weibo, Blizzard berkata perbincangan antara kedua-dua syarikat untuk menyambung lesen penerbitan selama enam bulan gagal mendapat persetujuan. Oleh sebab itu permainan Blizzard ditarik dari pasaran China secara serta merta. Hanya Diablo Immortal  boleh diakses kerana persetujuan berbeza dan COD Mobile yang diterbitkan oleh Tencent boleh diakses pada waktu ini.

Kesemua permainan hanya boleh diakses semula sekiranya Blizzard mempunyai penerbit baharu. NetEase menjadi penerbit Blizzard di China sejak 14 tahun yang lalu. Kehilangan pasaran China akan mendatangkan impak ke atas pendapatan Activision Blizzard yang dilanda pelbagai masalah sejak dua tahun kebelakangan ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami