Fon Telinga Huawei FreeBuds 5i Kini Di Malaysia – Berharga RM399

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Huawei FreeBuds 5i kini tersedia untuk pasaran tempatan, sekaligus menjadikannya satu lagi penawaran baharu daripada Huawei. Dijual pada RM399 seunit, terdapat tiga pilihan warna yang disediakan seperti Ceramic White, Isle Blue dan Black. Ia bagaimanapun boleh dibeli dengan harga istimewa lebih rendah iaitu RM339 hanya pada 2 – 15 Februari 2023.

Huawei FreeBuds 5i merupakan set fon jenis dalam telinga bertangkai dengan gabungan pod pengecas berbentuk bujur. Ia kemudiannya digabungkan dengan sepasang pemandu audio sebesar 10mm yang turut menyokong sistem pembatalan hingar aktif terbina. Kawalan sesentuh disokong oleh fon telinga ini yang merangkumi kebolehan tekan dan leret untuk sokongan lebih pelbagai.

Tambatan pantas boleh dibuat menerusi sambungan Bluetooth 5.2, di samping turut melepasi penarafan IP54 sebagai pelindungan tambahan. Bateri 410mAh yang disediakan pula boleh digunakan sehingga 28 jam lamanya dengan bantuan pod pengecas. Ia bagaimanapun berkurang menjadi 7.5 jam dengan fon telinga itu sendiri dan ANC diaktifkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami