SK Hynix Membangunkan Memori LPDDR5T Untuk Peranti Mudah-alih

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Apabila bercakap mengenai memori untuk peranti mudah-alih, penawaran paling premium yang dapat dilihat setakat ini hadir melalui cip memori LPDDR5X yang menawarkan kelajuan penghantaran data 8.5Gb/s.

Terkini, SK Hynix telah membangunkan cip memori terbaru untuk peranti mudah-alih, iaitu LPDDR5T, yang mana aksara T memberi nama Turbo yang memperlihatkan kelajuan yang lebih pantas pada kadar sekitar 9.6Gb/s.

Ia juga memakan voltan elektrik sekitar 1.01-1.12V sahaja, yang mana ia adalah antara yang paling rendah di pasaran. Ini dibandingkan dengan LPDDR5X yang mempunyai jumlah penggunaan voltan setinggi 1.8V.

SK Hynix mengatakan bahawa mereka telah mula mengeluarkan pakej cip memori LPDDR5T ini dalam saiz 16GB dan menghantarnya ke pelanggan-pelanggan tertentu untuk diuji, yang dikatakan boleh memproses data sebanyak 77GB dalam masa satu saat sahaja.

Mereka mengatakan lagi bahawa penggunaan LPDDR5T ini bukan sahaja berpaksikan peranti pintar, tetapi pelbagai aplikasi lain seperti kecerdasan buatan, peranti realiti maya, aksesori 5G, IoT dan sebagainya tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami