Facebook Messenger Kini Menyokong Penyulitan Hujung-Ke-Hujung

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Aplikasi Facebook Messenger pula dikemaskini minggu ini dengan ciri penyulitan hujung-ke-hujung. In menjadikannya sebuah lagi aplikasi Meta selepas WhatsApp yang menerima ciri keselamatan ini. Selain pemesejan yang lebih selamat, Messenger juga memperkenalkan tema dalam chat dengan pilihan diberikan kepada pengguna untuk memilih warna.

Kustomasi lain ialah meletakkan nama samaran, emoji, tema chat dan juga gambar untuk kumpulan. Prebiu untuk pautan yang disertakan dalam chat juga disertakan sekali supaya pengguna tahu sama ada ianya selamat ataupun tidak untuk ditekan.

Paparan status aktif turut dipamerkan supaya pengguna lain tahu orang yang ingin dihubungi sedang menggunakan aplikasi ataupun tidak. Pada Android ciri Bubbles disertakan sekali menerusi kemas kini baharu.

Pemberian chat yang disulitkan hujung-ke-hujung akan diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna dalam bulan-bulan yang mendatang.

komen


© Amanz / 2023 Kami