Cari @ Amanz

CRRC melancarkan kereta api sel hidrogen terpantas dunia yang boleh mencapai kelajuan 160 km/j. Kereta api sel hidrogen pertama China ini boleh beroperasi sehingga 600 km sebelum kehabisan bahan api dengan ia dilengkapi empat gerabak.

Ia memintas kereta api Coradia iLint oleh Alstom yang memulakan operasi rasmi di Jerman tahun lalu selepas diuji sejak 2018. Coradia iLint bergerak pada kelajuan 140 km/j tetapi boleh beroperasi sejauh 1000 km menggunakan sel hidrogen.

Pelancaran kereta api sel hidrogen di China ialah langkah untuk mengurangkan pencemaran yang kronik di negara tersebut. Kos bateri yang semakin meningkat menjadi kenderaan sel hidrogen sebagai salah satu alternatif yang dibangunkan. Apabila beroperasi, kereta api sel hidrogen hanya mengeluarkan wap air tanpa sebarang gas yang mencemarkan udara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd