Sony Float Run Ialah Fon Kepala Nirwayar Untuk Atlet – Berharga RM599 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 25, 2023. oleh .

Lambakan pelbagai jenis fon telinga di pasaran jelas menunjukkan permintaan terhadap aksesori sebegini semakin meningkat. Sebagai tambahan lain, Sony telah hadir dengan set fon kepala nirwayar baharu yang direka khusus buat para altet menerusi Float Run.

Ia menggunakan rekaan khas yang didakwa memberi keselesaan tanpa perlu risau soal tekanan atau telinga tersumbat. Usah risau soal kualiti kerana ia dikatakan langsung tidak terjejas, malahan pengguna boleh sahaja menikmati audio yang berkualiti melaluinya. Dalam masa sama, ia juga ringan dengan berat hanya 33 gram, di samping turut mempunyai tali yang fleksibel bagi mengelakkan fon telinga terjatuh dan hilang sewaktu digunakan.

Penarafan kalis air IP54 turut diberikan bagi membolehkan fon kepala ini digunakan dalam apa jua keadaan semasa bersenam, kecuali berenang. Ia juga boleh bertahan sehingga 10 jam dengan sekali pengecasan penuh. Pelbagai kawalan turut disediakan yang merangkumi kebolehan mengawal main baik dan mengakses pembantu maya pada peranti yang disambungkan.

Semakan menerusi laman web rasmi Sony Malaysia, fon kepala ini telah disenaraikan dengan harga jualan RM599. Ketersediaan pula bermula bulan Mei akan datang yang turut disertakan dengan beg kecil serta kabel pengecasan.

komen


© Amanz / 2023 Kami