Carian
DOJ Menyaman Google Kerana Didakwa Memonopoli Pengiklanan Digital
January 25, 2023 Effi Saharudin

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) secara rasmi menyaman Google kerana didakwa memonopoli pengiklanan digital di Amerika Syarikat. Ini dilakukan menerusi pengambilalihan syarikat teknologi pengiklanan, dan memanipulasi lelongan iklan yang adalah anti persaingan.

Mahkamah

Google turut didakwa memaksa pelanggan menggunakan platform mereka berbanding platform pesaing. Menerusi manipulasi lelongan pengiklanan pula, DOJ mendakwa Google melindungi diri mereka daripada persaing. Amalan ini menurut DOJ lagi sudah berlarutan sejak 15 tahun.

DOJ ingin mendapatkan ganti rugi bagi pihak pengguna di Amerika Syarikat dan agensi persekutuan yang membayar lebih untuk perkhidmatan pengiklanan Google dengan nilai masih belum ditetapkan.

Google telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyangkal semua dakwaan DOJ dengan memberikan contoh pengiklanan di TikTok dan Amazon yang meningkat. Paksaan menggunakan platform mereka juga disangkal dengan Google berkata mereka menjadi pilihan pelanggan kerana ia adalah platform yang paling berkesan.

Komen