Cari @ Amanz

Terdapat sejumlah jenama telefon pintar dipasaran hari ini, termasuk penawaran eksklusif bersama beberapa syarikat lain. Terbaru, ia diperkatakan telefon pintar “Coca-Cola” bakal dilancarkan di India sekitar Mac 2023 ini.

Coca-Cola dijangka akan bekerjasama dengan salah satu pengeluar telefon untuk penghasilan dan pemasaran telefon ini. Mengikut desas-desus awal, telefon Coca-Cola ini dikatakan mungkin adalah variasi Realme 10 4G yang dijenamakan semula.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah penawaran penuh Coca-Cola melalui telefon pintar mereka ini kelak. Sama-sama kita nantikan pengenalan rasminya kelak tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd