Carian
IBM Pula Mengurangkan 3900 Tenaga Kerja
January 26, 2023 Effi Saharudin

Tahun 2023 bukanlah tahun yang bermula dengan langkah kanan oleh syarikat-syarikat teknologi. Satu demi satu mula melakukan pengurangan tenaga kerja yang drastik bagi membolehkan syarikat menyusun semula perniagaan pasca pandemik. Hari ini tiba giliran IBM pula membuang 3900 tenaga kerja mereka di peringkat global yang bersamaan dengan 1.5% jumlah keseluruhan pekerja.

Pengurangan dilakukan kerana kurangnya permintaan untuk perkhidmatan perundingan yang ditawarkan oleh syarikat. Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan tertinggi dalam masa sedekad pada tahun 2022, ia masih tidak mampu menyelamatkan pekerjaan kakitangan yang dibuang.

Dengan ini IBM mengikuti langkah Meta, Google, Amazon dan Microsoft yang mengurangkan puluhan ribu tenaga kerja yang diambil semasa pandemik. Persoalannya sekarang giliran syarikat teknologi mana pula untuk melakukan perkara yang sama dalam minggu-minggu mendatang.

Komen