Discord Memperkenalkan Penstriman Dengan Codec AV1 Melalui Kad Grafik NVIDiA GeForce RTX4000

Diterbitkan pada Jan 26, 2023. oleh .

Codec video AV1 ialah codec sumber terbuka yang boleh dimanfaatkan mana-mana platform untuk tujuan penstriman video ataupun penstriman langsung sekiranya anda mempunyai komputer dengan kuasa pemprosesan yang cukup bagus untuk menggunakannya

Terkini, Discord telah mengemaskini aplikasi mereka dengan sokongan codec AV1 untuk tujuan penstriman langsung pada platform tersebut. Jika sekiranya sebelum ini ia menggunakan codec H.264, penggunaan codev AV1 dijangka akan mengurangkan jumlah kelajuan internet yang diperlukan untuk menstrim pada resolusi tinggi 4K pada 8Mbps sahaja.

Discord

Fungsi ini, yang sedang diperkenalkan secara berperingkat hanya akan disokong pada komputer-komputer yang kini sedang menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 terlebih dahulu.

AV1 disokong pada kad-kad grafik lain juga seperti AMD Radeon RX 7000 dan juga Intel Arc, tetapi nampaknya buat masa ini, sokongan AV1 diperkenalkan pada siri kad grafik NVIDIA terkini terlebih dahulu untuk menguji keberkesanannya.

Discord juga mengatakan bahawa perisian tersebut akan mengesan penggunaan kad grafik tersebut secara automatik dan akan menetapkan penggunaan codec AV1 ataupun H.264 tanpa memerlukan input daripada pengguna. Perlu juga diingatkan bahawa penstriman beresolusi tinggi hanyalah sebuah ciri yang hadir untuk pelanggan Discord Nitro buat masa ini.

komen


© Amanz / 2023 Kami