Nothing Akan Menutup Forum Komuniti Mereka Awal Februari Ini

Diterbitkan pada Jan 26, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setiap pengeluar peranti ada kumpulan peminat masing-masing. Untuk mendengar kata-kata setiap peminat, setiap pengeluar hadir dengan forum, aplikasi komuniti atau juga Discord untuk pelbagai perbincangan.

Nothing juga sama, di mana mereka ada memperkenalkan laman web Nothing Community untuk memberikan pengumuman produk, maklumat kemaskini, bantuan khidmat pelanggan atau juga tempat di mana para pelabur berbincang mengenai masa hadapan jenama. Kini, Nothing mengumumkan forum komuniti mereka akan ditutup.

Penutupan laman web Nothing Community ini akan dilakukan bermula awal Februari nanti. Ini bermakna, selepas itu tiada lagi kandungan eksklusif boleh diterima peminat dengan pantas, tiada lagi khidmat bantuan pelanggan serta tiada lagi sokongan komuniti.

Sebaliknya, pihak Nothing akan beralih kepada Discord sepenuhnya. Menurut salah seorang moderator, sejak lebih setahun Nothing Community diperkenalkan – ramai ahli lebih gemar berhubung melalui Discord menjadikan laman web komuniti jarang digunakan dan tidak aktif. Jadi, jika para peminat jenama dan pengguna produk Nothinf ingin mendapatkan sebarang maklumat atau bantuan semuanya kini melalui Discord sahaja.

komen


© Amanz / 2023 Kami