Kelantan FC Bakal Terbitkan Pelaburan Aset Digital, Token TRW Dengan Nilai Mencapai RM100 Juta

Diterbitkan pada Jan 26, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kelab Bola Sepak Kelantan FC atau turut dikenali sebagai TRW Kelantan FC, kini memaklumkan akan menerbitkan sebuah aset digital, berbentuk token TRW dengan nilai mencapai RM100 juta.

Penawaran ini akan dilakukan bersama pihak PitchIN yang sedia popular dengan penawaran pelaburan biayasama, dan dijangka memperluaskan penawaran meliputi aset digital pada tahun 2023 ini.

Dengan langkah menawarkan token TRW ini, ia sekaligus akan membolehkan Kelantan FC mengumpulkan dana untuk pelbagai tujuan termasuk operasi, sementara pada masa yang sama membolehkan para peminat Kelantan FC turut mempunyai aset dan menyokong kelab bola sepak kegemaran mereka tersebut.

Mengikut perkongsian awal sebelum ini juga, ia dinyatakan token TRW ini boleh didagangkan terus melalui aplikasi dompet digital Luno.

Perkongsian lanjut berkenaan perkara ini dijangka dilakukan oleh pihak Kelab Bola Sepak Kelantan FC seawal esok.

komen


© Amanz / 2023 Kami