Cari @ Amanz

Microsoft Menguji Widget Facebook Messenger Untuk Windows 11

Link Copied!

Sejak Windows 11 diperkenalkan, Microsoft telah mengembalikan sokongan widget melalui panel khas yang mudah untuk pengguna akses. Hanya tekan ikon cuaca pada taskbar, panel widget ini akan dipaparkan. Tetapi sehingga hari ini, widget yang ditawarkan hanyalah dari Microsoft sendiri.

Terkini melalui Windows 11 Insider Preview Build 25284, Microsoft mula menguji widget Facebook Messenger. Secara tidak langsung, widget ini menjadi widget pertama pihak ketiga yang bukan dari Microsoft.

Penggunaan widget ini juga mudah, di mana pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Messenger melalui gedung aplikasi Microsoft Store dan buka panel widget, kemudian tekan ikon “+”.

Sokongan widget pihak ketiga ini baru sahaja ditawarkan Microsoft pada beberapa bulan lalu melalui Windows App SDK yang dikemaskini. Ini membolehkan pelbagai pembangun hadir dengan widget Windows 11 tersendiri. Tetapi buat masa ini masih tidak pasti, bila ia akan diedarkan secara meluas dan aplikasi mana lagi akan menawarkan widget ini.


Komen ()