Kementerian Komunikasi dan Digital kini menyasarkan untuk mengumumkan pelaksanaan dan implementasi 5G oleh Digital Nasional Berhad menjelang penghujung Mac 2023 kelak.
Melalui pelaksanaan 5G ini, kerajaan menyasarkan untuk membolehkan akses data pantas ini digunakan bukan sahaja oleh pengguna, tetapi juga turut disesuaikan penawaran untuk industri dalam merancakkan lagi ekonomi digital.
Salah satu kelebihan yang dibawakan oleh rangkaian 5G adalah kadar pendam masa yang rendah – membolehkan pelbagai perkara berfungsi pada kelajuan serta kepantasan hampir masa-nyata – berbeza dengan rangkaian generasi sebelum ini.
Teknologi rangkaian 5G ini juga dijangka menguntungkan sejumlah kilang, termasuk untuk operasi lain seperti di pelantar minyak dan lain-lain.
Sekiranya berjalan lancar, Malaysia dijangka mempunyai kadar liputan sehingga 80% dikawasan berpenduduk menjelang 2025 kelak.