Carian
GitHub Kini Mempunyai Lebih 100 Juta Pembangun Yang Menggunakannya
January 27, 2023 Aman

GitHub pada awalnya menyasarkan platform mereka digunakan oleh lebih 100 juta pembangun menjelang 2025. Tetapi, menariknya kini platform yang dimiliki oleh Microsoft tersebut berjaya mencapai angka tersebut dua tahun lebih awal.

GitHub kini digunakan lebih 100 juta pembangun seluruh dunia dalam projek-projek pembangunan perisian mereka.

Dengan perkembangan ini juga, GitHub kini lebih memberikan perhatian dalam membantu para pembangun dalam memudahkan proses pembangunan mereka, termasuk telah sedia memperkenalkan GitHub CoPilot berasaskan kecerdasan buatan dalam mempercepatkan proses pembangunan.

Komen