Cari @ Amanz

Masa depan penulisan manusia akan kelam disebabkan oleh kecerdasan buatan (AI) ? Ini mungkin reaksi yang kami lihat di media sosial selepas ChatGPT diumumkan hujung tahun lalu. Ada butiran kebenaran di sini selepat Cnet mengaku telah menggunakan AI untuk mengarang kandungan mereka sejak tiga bukan lalu. Langkah Cnet kini diikuti pula oleh Buzzfeed dengan CEO syarikat mengeluarkan memo kepada kakitangan bahawa ChatGPT akan digunakan untuk menghasilkan kandungan berbentuk kuiz.

Artikel menggunakan kecerdasan buatan akan mula ditawarkan pada permulaan bulan Februari. Kandungan untuk berita di Buzzfeed akan masih mengekalkan kakitangan manusia pada waktu ini.

Antara kandungan yang boleh dihasilkan oleh ChatGPT Untuk BuzzFeed ialah menulis plot untuk filem komedi berdasarkan jawapan kuiz yang diberikan oleh pembaca. Jawapan yang diberikan akan menjadi input yang kemudiannya dimasukkan ke dalam ChatGPT bagi menghasilkan karya asli secara serta merta.

Berita penggunaan AI di BuzzFeed pastinya merisaukan kakitangan yang merupakan penulis di syarikat tersebut kerana sebelum ini puluhan telah dibuang kerja bagi mengurangkan kos operasi. Dengan ChatGPT dilihat sebagai alternatif jauh lebih murah berbanding manusia, bilakah agaknya AI akan menjadi cukup berkemahiran untuk menggantikan semua kerja penulisan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd