Cari @ Amanz

IDC – Pengeluaran Telefon Pintar Jatuh 11.3% Sepanjang 2022 Dengan Vivo Paling Terkesan

Link Copied!

IDC mengeluarkan laporan terkini mereka mengenai pengeluaran telefon pintar untuk Q4 2022 dan ia membawakan banyak berita buruk kepada pengeluar telefon pintar global. Sepanjang 2022, sebanyak 1.205 bilion telefon pintar dikeluarkan berbanding 1.359 bilion pada tahun 2021 bersamaan dengan pengurangan 11.3% dari tahun ke tahun.

Samsung masih lagi di tangga teratas dengan pegangan 21.6% diikuti oleh Apple (18.8%), Xiaomi (12.7%), Oppo (8.6%) dan Vivo (8.2%). Walaupun Samsung masih di atas, ia mencatatkan pengurangan pengeluaran 4.1% sementara Apple pula menyusut 4%.

Vivo paling teruk terkesan dengan pengurangan 22.8% diikuti oleh Oppo (22.7%) dan Xiaomi (19.8%). Kelima-lima syarikat pengeluar telefon mencatatkan pengurangan pengeluaran yang besar disebabkan oleh faktor ekonomi yang lemah dan juga pandemik.


Komen ()