Elon Musk kini berkongsi sasaran beliau, mengatakan salah satu pengeluar kenderaan dari China akan menjadi pesaing terdekat untuk syarikat beliau Tesla.
Walaubagaimanapun, Elon Musk tidak menyatakan siapakah jenama kenderaan tersebut. Salah satu jenama yang agak aktif kebelakangan ini adalah BYD, yang turut telah memperluaskan pasaran ke Malaysia baru-baru ini.
Elon Musk turut menekankan syarikat-syarikat dari China menawarkan kadar persaingan dan inovasi lebih tinggi di dunia berbanding yang lain.
Pada tahun 2022 lepas, Tesla telah mengeluarkan sekitar 1.3 juta kenderaan. BYD pula mengatakan mereka telah menjual sekitar 1.8 juta kenderaan dibawah kategori NEV pada 2022 lepas. Di Malaysia, ATTO 3 sedia dipasarkan oleh BYD pada harga bermula RM149,800.