Peranti Walkman keluaran Sony dahulunya ialah sebuah pemain kaset muzik yang sangat terkenal dikalangan warga muda-mudi pada era 90an. Kini, jenama Walkman dikenali sebagai pemain muzik digital yang premium.
Baru-baru ini, Sony telah memperkenalkan dua buah peranti Sony Walkman yang baru, termasuklah Sony Walkman NW-ZX707 dan juga Sony Walkman NW-A306 yang tampil dengan sejumlah sokongan dan ciri-ciri yang baru.
Sony Walkman NW ZX707 adalah model mercu mereka, di mana mempunyai ketahanan bateri mencapai 25 jam. Untuk sambungan dua port bicu audio iaitu 3.5mm stereo 50mw+50mW dan 4.4mm 230mW+230mW seimbang. Kedua-dua port ini menyokong frekuensi 20Hz-40,000Hz. Ia turut menyertakan sokongan sambungan Bluetooth 5.0 dengan codec SBC, LDAC, aptX, aptx HD dan AAC.
Sony Walkman NW-A306 pula adalah versi lebih mampu milik dengan spesifikasi lebih kurang sama. Beza utama adalah pada saiz, di mana skrin adalah 3.6-inci, bateri lebih tahan laman mencapai 36 jam, dan Sony hanya menyertakan sokongan sambungan bicu audio 3.5mm sahaja tiada sambungan bicu audio 4.4mm seimbang. Kemudian model ini turut menawarkan tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu atau biru.
Terkini, laman web Sony Malaysia telah memperlihatkan tanda harga tempatan untuk kedua-dua peranti Walkman ini, dimana Walkman NW-ZX707 akan dijual pada tanda harga RM3699, manakala Walkman NW-A306 akan dijual pada tanda harga RM1599.
Buat masa ini, tarikh jualan untuk peranti-peranti ini untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi.