Cari @ Amanz

Sebut sahaja TikTok, pasti ramai akan kenal yang TikTok merupakan platform penstriman video menegak yang sangat popular. Populariti TikTok ini menyebabkan platform media sosial lain seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi hadir dengan ciri lebih kurang sama kerana ingin bersaing.

Kini, laporan dari The Information melalui 9to5Mac menyatakan giliran TikTok pula meminjam ciri dari platform media sosial terkenal untuk diintegrasikan dalam platform mereka. Ciri ini adalah pemesejan secara terus atau Direct Messages (DM) seakan Instagram. Ciri ini sudah diuji sejak tahun lalu kepada pengguna terpilih, tetapi kini TikTok ingin memperkenalkan ciri ini secara lebih meluas.

DM TikTok yang akan diperkenalkan nanti adalah pilihan, di mana pengguna boleh tidak menggunakannya. Pengguna turut boleh mengehadkan siapa yang boleh menghantar DM seperti pengikut bersama atau rakan yang dicadangkan. Menurut sumber, dengan ciri ini TikTok ingin pengguna mereka berkongsi video terus dari dalam aplikasi dan tidak kongsi ke platform lain.

TikTok juga dikatakan ingin lebih menjadi sebuah platform media sosial dan tidak lagi memfokuskan kepada penstriman video sahaja. Apa kata anda dengan ciri ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd