PRISM+ adalah jenama produk paparan seperti televisyen Android TV, monitor, soundbar dan pelbagai lagi aksesori. Kebanyakan produk yang ditawarkan dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pesaing. Tahun lepas, PRISM+ membuka kedai fizikal pertama mereka di Sunway Pyramid. Kini selepas empat bulan, PRISM+ membuka kedai fizikal kedua mereka di IOI City Mall Putrajaya.
Kedai ini adalah kedai terbesar PRISM+ setakat ini. Jika dibandingkan dengan Singapura yang sudah ada lebih lima kedai, di IOI City Mall ini masih dikira sebagai yang terbesar. Beberapa produk turut disimpan stok di lokasi membolehkan pembeli terus membawa balik produk yang dibeli.

Di dalam kedai ini juga, pelbagai monitor, televisyen, pemegang monitor dan soundbar dipaparkan untuk pengguna pegang dan lihat bagaimanakah kualiti setiap produk. Bukan itu sahaja, PRISM+ turut bekerjasama dengan Logitech untuk menjual barangan siri G mereka bagi pengguna yang ingin melengkapkan set gaming masing-masing.
Bagi mereka yang berminat untuk kunjungi kedai kedua PRISM+ ini, ia berada di East Wing IOI City Mall dan dibuka bermula 3 Februari 10 pagi nanti. Kepada 50 pelanggan terawal hadiah percuma akan diberikan untuk setiap pembelian, seperti berikut;

- Percuma 1x Monitor gaming 24-inci F240n 165Hz (bernilai RM629) untuk setiap pembelian PRISM+ Q55-QE 55” pada harga RM1799.
- Percuma 1x kaki Elevate Stand (bernilai RM299) untuk setiap pembelian monitor X340 PRO
165Hz 34” Ultrawide pada harga RM1599. - Percuma 1x pemegang monitor Arc Lite (bernilai RM229) untuk setiap pembelian monitor gaming X240 144Hz pada harga RM599
Barangan promosi;
- Monitor W220v 22” dijual pada harga RM299
- Barangan Logitech G dijual pada harga diskaun 15% terhad untuk satu produk satu diskaun setiap pelanggan.