Carian
Apple Ingin Membolehkan Pengguna Bangunkan Aplikasi AR Dengan Hanya Mengarahkan Siri
January 28, 2023 Aman

Apple sedia mempunyai pembantu maya tersendiri pada produk mereka, dinamakan Siri. Melaluinya, sejumlah arahan dan maklumbalas sedia boleh dilakukan, dan kini dengan ekplorasi Apple ke arena realiti-terimbuh, Siri dijangka akan memainkan peranan lebih penting.

Salah satu kaedah yang sedang dilihat oleh Apple adalah membangunkan ciri yang memudahkan orang ramai menghasilkan aplikasi AR mereka tersendiri, dengan hanya melakukan arahan pada Siri.

Aplikasi kandungan AR yang dihasilkan melalui Siri ini seterusnya boleh ditawarkan untuk orang lain muat-turun melalui Apple App Store.

Bantuan penghasilan ini termasuk membolehkan objek atau haiwan maya boleh bergerak secara bebas, termasuk melakukan sejumlah arahan lain dalam menghasilkan aplikasi tersebut.

Sekiranya berjaya, ia akan sekaligus memperbanyakkan penghasilan aplikasi dan kandungan AR pada platform Apple – dan turut menjadi salah satu titik tolak kepada populariti arena realiti-terimbuh.

Komen