Carian
Microsoft Akan Mula Mengemaskini Secara Automatik Komputer Anda Ke Windows 11 22H2
January 28, 2023 Aman

Microsoft kini memaklumkan kepada para pengguna sistem operasi Windows 11 versi 21H2, dimana sistem operasi mereka akan mula dikemaskini secara automatik dalam hari-hari mendatang, ke versi Windows 11 22H2 yang terbaru.

Langkah kemaskini secara automatik ini diperkenalkan dalam memastikan para pengguna kekal dilindungi dengan pelbagai ciri sekuriti terbaharu, selain turut menggunakan fungsi baharu yang disertakan pada Windows 11.

Kemaskini automatik ini hanya untuk pengguna persendirian menjalankan versi Windows 11 Home dan juga Windows 11 Pro.

Bagi pengguna yang masih belum mengemaskini ke versi Windows 11 terbaru, anda boleh ke halaman Settings > Winodws Update, dan pilih Check for Updates. Ia akan membuatkan anda kemaskini secara manual sekiranya masih belum dinaik-taraf lagi, atau anda turut boleh nantikan sistem operasi anda dikemaskini secara automatik dalam beberapa hari lagi.

Komen