Kecerdasan buatan yang menghasilkan gambar, video, program, audio dan karangan berdasarkan teks pengguna kini boleh digunakan secara meluas. Seterusnya Google telah menghasilkan pula kecerdasan buatan yang boleh menghasilkan muzik pelbagai genre pada resolusi tinggi.
Musik sehingga lima minit boleh dijana oleh MusicLM pada kualiti 24 KHz. Lebih menarik ialah ia boleh menjana satu lagu yang mengandungi pelbagai genre. Antara yang sampel yang dikongsi ialah muzik jazz yang kemudiannya berubah ke rock, death metal, rap dan instrumental dalam masa dua minit.

MusicLM dilatih menggunakan sampel 280,000 jam lagu-lagu di dunia. Hasilnya agak menakjubkan walaupun sedikit pelik. Pelik kerana dalam semua lagi yang dihasilkan terdapat lirik tetapi dalam bahasa yang tidak boleh difahami. Sebelum ini OpenAI Jukebox telah dibangunkan dengan ia mengarang lagu baharu untuk artis yang telah meninggal dunia seperti Elvis, Sinatra dan 2Pac.
Tetapi seperti biasa generasi pertama kecerdasan buatan tidak akan sempurna. Sedekad lalu kecerdasan buatan OpenAI Five tidak mampu mengalahkan manusia dalam permainan Dota tetapi selepa dilatih ia bukan sahaja boleh mengalahkan satu manusia tetapi satu pasukan manusia yang memenangi The International.