Carian
Draf Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dijangka Dibentang Pada Penghujung Tahun Ini
January 29, 2023 Aman

Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia kini menyasarkan untuk membentangkan draf pindaan untuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) menjelang penghujung tahun ini di Parlimen.

Langkah ini adalah selari dalam usaha mengekang kebocoran data pengguna yang kerap berlaku, selain turut menambah beberapa aspek baharu dibawah akta ini.

Pindaan akta ini juga dijangka akan meneliti pemakluman wajib oleh syarikat pemegang data kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku kebocoran. Disamping itu, denda juga akan ditingkatkan ke tahap maksimum.

Selain pindaan akta ini, kerajaan turut merancang untuk menaik-taraf Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) sebagai sebuah badan berkanun, sekaligus memudahkan lagi badan tersebut mempunyai lebih sumber dalam membanteras isu kebocoran data peribadi.

Komen