Sekitar lima tahun lalu antara tips yang sering diberikan untuk memanjangkan hayat bateri telefon pintar ialah tidak memasang aplikasi Facebook. Berdasarkan pengalaman peribadi kami, Facebook akan kerap disenaraikan sebagai lima aplikasi paling banyak menggunakan bateri. Tetapi George Hayward, bekas pekerja Facebook mendakwa syarikat sengaja melakukan ujian yang menyebabkan bateri peranti pengguna cepat habis.

Beliau memfailkan saman ke atas Facebook kerana didakwa dipecat kerana enggan melakukan “ujian negatif” yang menghabiskan bateri kerana boleh membahayakan pengguna. Ujian akan melihat sepantas mana aplikasi boleh dijalankan dan berapa pantas imej boleh dimuat turun yang memakan bateri. Ini dilakukan pada aplikasi Facebook dan Messenger.
Sebagai seorang saintis, Hayward berkata beliau merasakan apa yang dilakukan Facebook salah dan enggan mengikut arahan yang diberikan. Saman telahpun dibatalkan oleh Hayward selepas perlu menjalani peringkat arbitrasi tetapi beliau kekal dengan dakwaan asal beliau.