Carian
Oppo Reno8 T 5G Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 7 Februari 2023
January 30, 2023 Amy Maizuraa

Peranti dibawah siri Reno sering dilengkapi keupayaan kamera yang baik dengan menyediakan pelbagai ciri fotografi dan videografi yang pelbagai. Berkongsi lebih lanjut, sebuah lagi peranti baharu di bawah siri yang sama bakal diumumkan di Malaysia tidak lama lagi. Dikenali sebagai Oppo Reno8 T 5G, peranti mempunyai panel hadapan melengkung 120Hz yang turut memuatkan kamera swafoto tunggal.

Selanjutnya, peranti turut menyokong sensor utama 108MP, serta bateri 4,800mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas 67W. Seperti namanya, ia juga mempunyai rangkaian 5G terbina dengan janaan cip pemprosesan Snapdragon 695. Pada masa sama, gabungan memori 8GB RAM dan storan 256GB turut disertakan pada peranti, selain terdapat juga kebolehan RAM maya 8GB RAM.

Oppo Reno8 T 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Februari hadapan. Seperti biasa, harga jualan serta ketersediaannya akan kami kongsikan dalam artikel yang akan datang.

Komen