Cari @ Amanz

Kecerdasan buatan ialah teknologi yang kembali mendapat perhatian dengan ia menjadi ciri yang wajib dimasukkan ke dalam perkhidmatan baharu. ChatGPT mungkin yang paling digunakan dengan kerap kerana ia masih percuma. Menurut laporan Bloomberg, Baidu juga akan melancarkan kecerdasan buatan seakan ChatGPT mereka pada Mac ini.

Perkhidmatan yang masih belum mempunyai nama ini akan diintegrasikan ke dalam enjin carian Baidu. Pengguna boleh berbual dengannya bagi mendapatkan jawapan yang tepat kepada persoalan yang diberikan. Ia akan berasaskan sistem pembelajaran mesin Ernie yang telah dibangunkan oleh Baidu sejak beberapa tahun yang lalu.

Kecerdasan buatan kini sudah mampu menghasilkan karya digital, karangan, video dan terkini muzik berdasarkan input teks. Kelak ia mungkin boleh menggantikan tugas-tugas manusia yang dianggap remeh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd