Cari @ Amanz

OnePlus akan melancarkan beberapa peranti pada 7 Februari akan datang. Antaranya adalah peranti mercu OnePlus 11 dan peranti mercu mampu milik OnePlus 11R. Rekaan rasmi dan spesifikasi OnePlus 11 sudah pun diketahui dan kini rekaan bagi OnePlus 11R telah diperlihatkan secara rasmi.

OnePlus 11R adalah OnePlus 11 dengan kemasan panel belakang berbeza, sedikit perubahan pada bonggol kamera dan dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 kuasa rendah berbanding Snapdragon 8 Gen 2.

Menurut rekaan yang dikongsi oleh OnePlus China, di mana peranti ini di sana akan digelar sebagai OnePlus Ace 2 dan di India sebagai OnePlus 11R – bonggol kamera dilihat ada tekstur sedikit dan tiada lagi sensor telefoto kelihatan serta penjenamaan Hasselblad. Selain itu, warna yang diacah adalah hitam mirip dengan OnePlus 11. OnePlus turut mendedahkan warna biru cair dengan kemasan kusam. Suis lungsur notifikasi turut kelihatan, dikembalikan semula selepas ia hilang pada OnePlus 10T.

OnePlus 11R atau OnePlus Ace 2 akan menggunakan skrin 6.7-inci AMOLED beresolusi 1.5K, 120Hz. Memori dan storan mencapai 16/512 GB, menjalankan Oxygen OS 13 Android 13, kamera 50MP, bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 100W.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd