Cari @ Amanz

Realme sedia hadir dengan pelbagai jenis siri yang mempunyai fokus pengguna yang tersendiri. Misalnya seperti siri Realme GT Neo, yang mana sering memberi tumpuan terhadap prestasi dan keupayaan pengimejan yang baik. Di samping itu, binaan peranti juga dilihat mempunyai kemasan menarik yang menjadikannya lebih unik dalam kelas tersendiri.

Bagi yang sedang menunggu model kemakini untuknya, ia dijangka tiba dalam masa terdekat ini. Ia berikutan, kehadirannya telah mula diacah menerusi poster rasmi yang dimuatnaik menerusi laman Weibo rasmi Ketua Pegawai Pemasaran Realme, Xu Qi Chase. Tiada tarikh khusus yang didedahkan setakat ini, namun ada kebarangkalian besar pelancarannya boleh diadakan di China sekitar bulan Februari hadapan.

Selanjutnya, peranti juga dikatakan hadir dengan tiga peningkatan utama. Salah satu daripadanya, sokongan pengecasan pada kadar 240W yang boleh mengecas penuh bateri 4,500mAh dalam hanya 9 minit. Melaluinya, Realme dijangka menggunakan rekaan bateri dwi-sel pada peranti bagi membolehkan proses pengecasan pantas yang lebih baik.

Rekaan peranti juga masih menjadi tanda tanya, namun kita boleh menyasarkan lebih banyak maklumat mengenai peranti yang bakal didedahkan dari masa ke semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd