Cari @ Amanz

Apple iPad boleh-lipat akan dilancarkan selewat-lewatnya 2024 menurut penganalisa Ming-Chi Kuo. Sebelum ini Kuo mengatakan iPhone boleh-lipat sedang dibangunkan tetapi nampaknya iPad dengan rekaan ini akan tiba terlebih dahulu.

Kuo menambah iPad boleh-lipat ini akan hadir dengan tongkat yang diperbuat daripada bahan gentian karbon yang dikeluarkan oleh firma Anjie Technology yang berpangkalan di China. Pasca pandemik permintaan untuk tablet kembali berkurangan dan pengenalan model yang unik ini diharap akan meningkatkan semula pengeluaran iPad.

Sekiranya ramalan ini menjadi realiti ia tidaklah mengejutkan kerana di peringkat awal iPad telah dibangunkan oleh Apple sebelum iPhone. Hanya selepas Steve Job melihat potensinya, beliau mengarahkan sebuah telefon dengan sistem sama dengan iPad dibangunkan secara rahsia dengan segera.

Jualan peranti skrin boleh-lipat diramalkan akan semakin meningkat kerana teknologi semakin matang, perisian yang lebih baik dan pengeluar lain turut menawarkan peranti yang sama ke peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd