Microsoft hari ini menawarkan sebuah pelan langganan baharu dibawah pakej Microsoft 365, dinamakan sebagai Microsoft 365 Basic.
Pelan ini menawarkan perkhidmatan asas dengan akses storan awan 100GB pada OneDrive, disamping akses bebas iklan ke perkhidmatan emel Outlook.

Pengguna juga boleh mengakses perkhidmatan web dan aplikasi mudah-alih untuk Office seperti Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.
Untuk makluman, pakej ini tidak hadir dengan penawaran perisian desktop Office seperti pelan yang lain.
Disamping pelan RM9 sebulan atau RM90 setahun ini, Microsoft turut menyediakan pelan Microsoft 365 Personal pada harga RM219 setahun atau RM22 sebulan, dan juga Microsoft 365 Family pada harga RM289 setahun atau RM29 sebulan.