Anda mahukan susu yang rasanya lebih sedap? Jika ya anda perlu membeli susu yang dijual di dalam botol kaca seperti zaman dahulu. Saintis dari North Carolina State University melalukan kajian dan mendapati karton kadbod yang digunakan sebagai bekas susu mengubah rasanya berbanding yang disimpan dalam botol kaca.

Kajian dilakukan untuk melihat sekiranya wujud perbezaan rasa antara susu dalam karton kadbod, beg plastik, botol plastik, dan botol kaca. Kemudian susu yang disimpan dan ujian rasa dilakukan pada hari pertama, 5, 10 dan 15 dengan peserta memberikan markah rasa setiap sampel susu.
Susu yang disimpan dalam karton kadbod menerima markah paling rendah dan dalam botol kaca menerima markah tertinggi. Selepas dianalisa, saintis mendapati karton kadbod menyerap rasa susu dan pada waktu yang sama sebatian kimia dari kadbod diserap pula oleh susu yang mengubah rasanya. Perubahan rasa turut berlalu pada susu dalam bekas plastik cuma pada tahap yang lebih rendah
Oleh itu sekiranya anda ingin mencari susu yang paling enak, belilah dari kedai yang masih menjualnya dalam balang kaca. Penyelidik turut menyarankan supaya susu yang dijual di sekolah menghentikan penggunaan karton kadbod sekiranya ingin menggalakkan pengambilan susu di kalangan kanak-kanak.